Wednesday 29 August 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2012

Setiap tahun pada tarikh keramat 31 Ogos, Hari Kemerdekaan Malaysia disambut dengan meriah di seluruh negara menandakan Malaysia bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511.  Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan secara besar-besaran dan diangkat sebagai peristiwa utama dengan adara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi, pesta perarakan warna warni, pertunjukan pentas, pertandingan berkaitan kemerdekaan.  Kemeriahan sambutan kemerdekaan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana, letupan bunga api berwarna-warni begemerlapan di ruang udara.  Bangunan-bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta akan memasang dan mengibarkan Jalur Gemilnag bagi menyemarakkan lagi suasana.

Tahun ini dengan tema 1 Malaysia Janji Ditepati, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 55 di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak.  Sama-samalah kita hayati erti kemerdekaan dan sambutlah Hari Kemerdekaan dengan semangat cintakan Negara. 

RUKUN NEGARA

Kita adalah satu bangsa yang ingin maju dan berjaya.  Kita ada peranan kita masing-masing…yang penting utamakan musyawarah kerana itu amalan demokrasi, kesusilaan dan ketertiban di mana akhirnya perpaduan ditegakkan di atas prinsip-prinsip inilah yang akan menjamin masa depan yang baik.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.


HURAIAN LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA

1. Kepercayaan kepada Tuhan
  • Pegangan agama yang kukuh akan menjadikan Malaysia satu bangsa yang berdaulat.
  • Individu yang percaya kepada Tuhan tidak akan melakukan perkara yang tidak baik, melanggar undang-undang dan menjejaskan kedaulatan negara.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Pemerintahan negara bercorak Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
  • Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat.
  • Sistem raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang mengekalkan sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Perdana Menteri.
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara harus ditaati dan dihormati oleh rakyat.

3. Keluhuran Perlembagaan
  • Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara.
  • Perlembagaan adalah sumber undang-undang negara tertinggi yang luhur dan suci.
  • Perlembagaan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
    • Peraturan atau prinsip asas bagi membentuk sesebuah kerajaan/negara.
    • Dokumen rasmi yang mengandungi undang-undang utama.
    • Sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.
    • Panduan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaanny
  • Fungsi Perlembagaan adalah untuk memberi perlindungan kepada rakyat dalam negara   akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
  • Rakyat harus mematuhi, menerima dan mempertahankan kemuliaan dan keluhuran  Perlembagaan negara.

4.  Kedaulatan Undang-undang
  • Undang-undang dapat menjamin keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kedaulatan negara.  Adanya undang-undang, sistem pemerintahan dapat berjalan dengan licin dan teratur.
  • Undang-undang negara berasaskan Perlembagaan Malaysia.
  • Perlaksanaan undang-undang penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara serta menjamin hak-hak rakyat dalam negara.
  • Tanpa undang-undang, kehidupan dalam masyarakat dan negara akan kucar-kacir,  tidak aman dan tidak selamat

5.  Kesopanan dan Kesusilaan
  • Prinsip ini memberi penekanan kepada pembentukan personality, tingkah laku dan  perlakuan seseorang warganegara yang bersopan, bersusila dan berbudi pekerti mulia.
  • Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlu mengamalkan prinsip yang kelima ini bagi menjamin perpaduan dan persefahaman antara kaum.
  • Masyarakat yang bersopan dan berperibadi mulia ini dapat membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni.

Tuesday 24 July 2012

Oh Guru~

"Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan" 

                                                                           ~ Broker T. Washington 1856 - 1915