Sebelum melangkah jauh dalam mengupas
satu persatu isu –isu semasa dalam bidang pendidikan ini, konsep isu dan
cabaran pendidikan perlu diselusuri terlebih dahulu. Mengikut Kamus Dewan
(2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa
pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud
terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi
mencapai misi KPM.
Dalam
merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang
bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama,
banyak isu-isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru.
Era
modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar
di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang mengambil peranan guru dan ibu bapa
dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah
menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai
tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar kawalan media
massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh itu, pelajar merupakan
golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Antara
gejala sosial di sekolah yang sering kita dengar ialah gengsterisme,
buli, vandalisme, merokok, berjudi, melepak dan
ponteng sekolah. Masalah ini
mencabar kewibawaan dan kredibiliti guru dalam menangani sikap dan tingkah laku
pelajar yang negatif ini.
thankies teachers,,,,,=)
ReplyDeleteagak baik pengenalan anda.
ReplyDeleteagak baik pengenalan anda.
ReplyDelete