“
Kita adalah satu bangsa yang ingin maju dan berjaya. Kita ada peranan
kita masing-masing…yang penting utamakan musyawarah kerana itu amalan
demokrasi, kesusilaan dan ketertiban di mana akhirnya perpaduan
ditegakkan di atas prinsip-prinsip inilah yang akan menjamin masa depan
yang baik.”
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
HURAIAN LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
1. Kepercayaan kepada Tuhan
- Pegangan agama yang kukuh akan menjadikan Malaysia satu bangsa yang berdaulat.
- Individu yang percaya kepada Tuhan tidak akan melakukan perkara yang tidak baik, melanggar undang-undang dan menjejaskan kedaulatan negara.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Pemerintahan negara bercorak Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
- Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat.
- Sistem raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang mengekalkan sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Perdana Menteri.
- Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara harus ditaati dan dihormati oleh rakyat.
3. Keluhuran Perlembagaan
- Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara.
- Perlembagaan adalah sumber undang-undang negara tertinggi yang luhur dan suci.
- Perlembagaan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
- Peraturan atau prinsip asas bagi membentuk sesebuah kerajaan/negara.
- Dokumen rasmi yang mengandungi undang-undang utama.
- Sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.
- Panduan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaanny
- Fungsi
Perlembagaan adalah untuk memberi perlindungan kepada rakyat dalam
negara akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
- Rakyat harus mematuhi, menerima dan mempertahankan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan negara.
4. Kedaulatan Undang-undang
- Undang-undang dapat menjamin keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kedaulatan negara. Adanya undang-undang, sistem pemerintahan dapat berjalan dengan licin dan teratur.
- Undang-undang negara berasaskan Perlembagaan Malaysia.
- Perlaksanaan undang-undang penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara serta menjamin hak-hak rakyat dalam negara.
- Tanpa undang-undang, kehidupan dalam masyarakat dan negara akan kucar-kacir, tidak aman dan tidak selamat
5. Kesopanan dan Kesusilaan
- Prinsip ini memberi penekanan kepada pembentukan personality, tingkah laku dan perlakuan seseorang warganegara yang bersopan, bersusila dan berbudi pekerti mulia.
- Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlu mengamalkan prinsip yang kelima ini bagi menjamin perpaduan dan persefahaman antara kaum.
- Masyarakat yang bersopan dan berperibadi mulia ini dapat membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni.